Siapa sangka minum air kencing sebagai terapi kini menjadi trend dan ikutan ramai. Walaupun ianya nampak jijik, tetapi bagi mereka yang mengamalkannya mendakwa ianya memberi manfaat pada kesihatan.

Individu yang mengamalkannya mendedahkan kulit mereka lebih licin selepaskan mengamalkan mencuci wajah menggunakan air kencing mereka sendiri. Ada juga yang turun berat badan dengan meminumnya.

Menurut salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Kieran Raw Gong memberitahu, dia hanya makan buah-buahan, minum air kencingnya dan sesekali menggunakannya sebagai toner muka yang dikatakan ‘mempunyai kesan pelembab luar biasa untuk awet muda’.

https://www.instagram.com/raw_gong/?utm_source=ig_embed

Pada awalnya, dia mula menghirupnya sedikit demi sedikit sehingga minum lebih banyak, yang mana dia berkata dapat merasakan dirinya menjadi bertambah baik.
Katanya lagi, dengan minum air kecing, tahap tenaganya lebih tinggi dan badannya berfungsi lebih baik.

Seorang lagi yang mengamalkan minum air kencing, Sophie Prana, dia memulakan terapi kencing apabila dia mahu berhenti minum kopi. Jika dia mempunyai ruam atau jerawat, dia juga akan menggunakan air kencing sebagai toner muka.

Katanya lagi, rutin minum air kencing menjadikan anggota badannya saling berhubung dan menjadikan kulit dan penglihatan lebih jelas.

Bagaimanapun, sebilangan doktor tidak bersetuju dengan terapi kencing. Walaupun air kencing terdiri daripada 95 peratus air, sisa lima peratus yang lain mungkin boleh memudaratkan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.