Minuman bubble tea sememangnya sangat popular sehingga mencetuskan fenomena dikalangan anak muda. Malah ada yang ketagih dengan minuman tersebut meskipun mereka tahu bahaya pengambilan minuman tersebut secara berlebihan.

Namun boleh dikatakan ramai yang gemarkan minuman tersebut hanya kerana topping boba atau ‘pearl’ yang sering menjadi pilihan. Tapi pastikan anda kunyah boba tersebut sebelum menelannya.

BACA: Budak 8 Tahun Hidap Kanser Buah Pinggang Gara-Gara Bubble Tea

Bimbang terjadi perkara tidak diingini seperti yang dialami oleh lelaki berusia 20 tahun dari Veitnam ini yang mengalami sakit perut luar biasa dan terpaksa mendapatkan rawatan doktor.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati usus lelaki itu tersumbat kerana kerap minum bubble tea dan perlu menjalani pembedahan.

Memetik laporan Vietnam Net, lelaki itu memberitahu dia mengalami sakit perut sejak pertengahan Julai lalu dan keadaannya bertambah teruk serta tidak mampu menanggung kesakitan tersebut.

Dia sudah mendapatkan rawatan di klinik namun sakitnya itu tidak berkurangan sehingga menyebabkan dia dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Doktor mengesahkan ususnya tersumbat kerama makanan yang dimakan olehnya tidak dapat dihadam kerana terlalu keras.

Doktor juga tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan pembedahan. Apa yang mengejutkan, doktor berjaya mengeluarkan dua ‘bubble’ besar dari usus pesakit.

Difahamkan, lelaki itu sebelum ini pernah bekerja di kedai minuman bubble tea dan sering mengambil minuman tersebut sebanyak tiga kali sehari.

Doktor mengatakan kes lelaki itu sangat serius dan dia bernasib baik kerana bendasing itu dikeluarkan dengan segera kerana jika tidak ia boleh menyebabkan kematian

Doktor menjelaskan masalah usus tersumbat boleh menyebabkan jangkitan dan nekrosis (sel mati) dimana organ gagal berfungsi organ dan akhirnya berlaku kematian.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang