Rasanya semua tahu bahawa minuman manis boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ramai dah orang muda ada penyakit tersebut sebab tak jaga pemakanan.

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila ada seorang individu memberitahu kerap minum Milo boleh menyebabkan penyakit Sinus.

BACA: Ais Kepal Milo Tarikan Terbaru Perak

Betul ke? Mesti ramai yang takut nak minum Milo lepas ni. Rupanya Milo tidak menyebabkan penyakit cuma jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya. Ini penjelasan dari Doktor Amalina.

Milo bukan punca Sinus

Menurut Dr. Amalina, minuman Milo tidak menyebabkan penyakit Sinus. Tiada masalah untuk minum Milo. Namun gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

Seorang lagi pakar, Dr. Beni Rusani juga memberitahu, Milo bukan punca utama Sinus. Penyakit sinus juga tiada kaitan dengan sebarang minuman termasuk Milo. Sinus berpunca daripada kuman.

Sinus disebabkan oleh kuman bukan kerana Milo

Katanya lagi, doktor yang merawat sudah menjelaskan perkara yang betul, mungkin kenyataan tersebut disalah ertikan oleh pesakit.

Sementara itu, pihak Milo Malaysia turut membuka mulut tentang isu tersebut dan menafikan dakwaan tersebut. Kata pihaknya, berita tersebut mengandungi info yang tidak berasas dan Milo adalah minuman susu, malt dan koko yang selamat untuk diminum.

Apa yang pasti Milo bukanlah punca terjadinya penyakit Sinus. Diharap tiada lagi pihak yang menokok tambah isu tersebut sehingga membuatkan ramai takut untuk minum Milo. Tak pasal-pasal Milo dipersalahkan.

ARTIKEL BERKAITAN:
5 Perkara Menarik Tentang Ais Tingkap
Kajian: Makan Aiskrim Waktu Pagi Buat Anda Bijak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Paksa Makan Satay Daging Arnab?!!