Minum Tanpa Was-Was, Chatime Dapat Sijil Halal
Sebut je Chatime, rasanya semua dah tahu jenama tersebut terkenal dengan minuman bubble milk tea.
Mula memasuki Malaysia pada 2011, jenama ini berjaya menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
BACA: Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Aliza Ali berkata penganugerahan sijil halal itu akan dapat meningkatkan keyakinan pengguna.
Langkah itu juga membolehkan syarikat itu berkembang ke peringkat antarabangsa terutama Asia Barat.
Pengiktirafan itu juga akan dapat membezakan antara Chatime dan Tealive. Minuman dan bahan yang digunakan oleh Chatime juga berbeza dengan Tealive.
“Chatime dan Tealive tidak ada kena-mengena. Chatime dan Tealive tidak menjual minuman yang sama atau yang dihasilkan daripada bahan yang sama. Persepsi masyarakat ini perlu diperbetulkan,” katanya.
Bila dah ada sijil halal ni tiada lagi rasa was-was nak minum Chatime. Menu minuman apa yang pilihan kegemaran korang di Chatime?
ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- BH Online