Minyak petrol merupakan isu yang tidak pernah habis dan sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia. Perubahan harga pada setiap minggu menjadi faktor ia menjadi topik hangat dalam kalangan kita yang kadang-kadang gembira dan sedih apabila harga minyak naik atau turun.

BACA: Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

Berikutan itu, Pemuda Umno Labuan, Sabah, meneruskan program petrol percuma bagi motosikal 150cc sekali dalam setiap sebulan.

Menurut Naib Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan yang juga Ketua Pemuda Umno Labuan, program itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat terutama golongan belia akibat ekonomi yang perlahan di sana.

“Kami meneruskan program ini selepas mengambil kira golongan belia yang telah kehilangan pekerjaan dalam syarikat minyak dan gas, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif sayap Pemuda,” jelasnya.

Seramai 800 penunggang motosikal membanjiri stesen Petronas Saguking malam kelmarin untuk mengisi minyak percuma sempena program itu yang disaksikan oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Alangkah indahnya jika usaha ini dilakukan dalam setiap negeri pasti dapat membantu lebih banyak golongan kurang berkemampuan di kawasan lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ugut Bakar Stesen Minyak Sebab RM20
Suspek Kes Bunuh Di Stesen Minyak Lari Ke Thailand

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura