‘Molten Chocolate Pie’ Sudah Mula Dijual Di McD Malaysia
Apa saja menu keluaran terbaru restoran makanan segera McDonald’s pasti akan membuatkan ramai teruja.
Sempena raya ini, McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu terbaru yang sudah hangat di beberapa negara iaitu ‘Molten Chocolate Pie’ yang kini sudah pun mula dijual sejak 2 Syawal lalu.
BACA: Kini Anda Boleh Beli Lilin Aroma Cheeseburger McDonald’s
Untuk pengetahuan anda, menu ini tidak lagi tertera di menu dan anda perlu bertanyakan di kaunter sama ada pie ini masih ada atau tidak kerana ia mungkin akan sudah habis dijual di sesetengah cawangan.
Dijual dengan harga RM3.70, memang sesuai sangat bagi mereka yang mahu mencari pencuci mulut sempena raya ini. Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan McD berhampiran anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- KL Foodie