Milo merupakan minuman coklat yang paling digemari di Malaysia. Malah, ia juga boleh digunakan untuk membuat kek seperti kek batik dan juga kek Milo yang tular baru-baru ini.

BACA: Sememangnya Halal, Uncle Tetsu Lancar Sweet Potato Cheesecake

Apa yang paling ‘best’ mengenai kek Milo ini ialah anda hanya perlu menggunakan dua bahan sahaja iaitu serbuk Milo dan telur.

Langkah-langkah untuk membuatnya juga mudah difahami serta menjimatkan masa. Kami kongsikan resepi kek Milo semudah ABC ini. Jom kita cuba!

Bahan-bahan

2 paket Milo
2 biji telur itik/ayam

Cara-cara

1. Campurkan telur dan Milo ke dalam satu mangkuk.

2. Kacau hingga sebati.

3. Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro atau microwave.

4. Jangan letak terlalu penuh kerana kek akan mengembang.

5. Masukkan ke dalam microwave dan masak selama 20 minit.

6. Setelah siap, keluarkan kek dari microwave dan biarkan seketika sebelum potong.

7. Inilah rupanya kek Milo apabila dipotong. Dah terbayang aroma Milo yang wangi bila kek dah siap masak. Mudah bukan?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Mudahnya Buat Kek Batik | Random Rabu