Kita masih lagi berada dalam musim perayaan hari raya Aidilfitri walaupun ramai yang sudah mula bekerja sejak isnin lepas.

Kini hujung minggu pasti ramai yang sibuk memenuhi undangan rumah terbuka sempena hari raya dan kebanyakan tuan rumah menghidangkan nasi impit, kuah kacang dan rendang kepada tetamu.

BACA: Sis, Ini Cara Senang Buat Peria Goreng!

Jika anda ingin membuat rumah terbuka, anda boleh membuat nasi impit sendiri menggunakan plastik aiskrim. Ia sangat mudah, cepat dan menjimatkan.

Cara-cara untuk membuatnya juga mudah untuk anda ikuti. Kami kongsikan bahan dan cara untuk membuat nasi impit menggunakan plastik aiskrim di bawah ini.

Bahan-bahan

Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia

Cara-cara

– Cuci beras dan toskan sehingga kering.

Sumber dari kakazz.blogspot.my

– Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)

Sumber dari kakazz.blogspot.my

– Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
– Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.

Sumber dari kakazz.blogspot.my

– Rebus sehingga masak.
– Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.

Sumber dari fb hajar maliki

– Siap!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?