Mufti: Haram Kaut Beras Tumpah Dari Lori Nahas
Kadangkala jika berlaku sesuatu kemalangan, kita pasti akan menolong mangsa kemalangan. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila sebuah treler membawa muatan beras sebanyak 40 tan terbalik di Jalan Tali Air 3, Tanjong Karang, pada pukul 10.50 malam beberapa hari lepas.
BACA: Viral Beras Palsu, Beras Cap Rambutan Sah Tulen
Orang ramai dilihat mengambil kesempatan dengan mengaut beras yang tumpah akibat kemalangan tersebut dan membawa balik tanpa rasa bersalah walaupun ditegah oleh pemandu treler serta pihak berkuasa.
Menurut mufti negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan mengambil beras yang bertaburan di atas jalan raya hukumnya adalah haram.
Ini kerana orang ramai mengambilnya tanpa meminta kebenaran dari pemandu treler itu bahkan dia sudah memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka tidak boleh mengambilnya namun tidak diendahkan.
“Dalam kejadian beras tumpah di Tanjong Karang, orang Islam haram mengambilnya tanpa kebenaran pemilik, malah pemandu lori terbabit juga melarang mereka berbuat demikian,” ujar mufti Kelantan.
Tambahan pula, kemalangan yang berlaku itu tidak disengajakan jadi soal pembaziran tidak muncul walaupun beras sebanyak 28 daripada 40 tan bertaburan di atas jalan raya.
Malah, dia turut berpesan kepada orang ramai yang mengambil beras tersebut agar membayar ganti rugi kepada pemandu treler itu.
Selain itu, penceramah bebas, Datuk Kazim Elias turut berkata, perbuatan yang dilakukan oleh mereka itu adalah tidak wajar kerana mereka sepatutnya meringankan beban pemandu itu yang ditimpa musibah.
Semoga kita mengubah perangai kita supaya dapat memberi contoh yang baik kepada generasi akan datang. Kita harus ingat anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai idola mereka jadi kita harus tunjukkan nilai-nilai murni supaya mudah untuk mereka turuti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Jangan Telan Air Liur Tengok Video Ini
- SUMBER
- THE MALAY MAIL ONLINE