Mufti: Haram Kedai Makan Guna ‘Milo’ Murah
Pernah tak anda membeli air Milo di kedai makan tetapi rasanya seperti air coklat murah? Boleh dikatakan ada segelintir peniaga di luar sana menggunakan serbuk coklat lebih murah bagi menggantikan minuman Milo untuk meraih keuntungan.
Bagaimanapun, perbuatan menukar serbuk Milo kepada serbuk coklat lebih murah untuk minuman adalah haram.
BACA: Minum Milo Dapat Penyakit Sinus, Ini Jawapan Doktor
Menerusi Facebook, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab pertanyaan pengguna media sosial yang bertanyakan hukum sekiranya peniaga menukar serbuk Milo kepada serbuk coklat yang lebih murah untuk meningkatkan keuntungan.
Zulkifli menjelaskan perbuatan yang dilakukan tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa. Menurutnya ini kerana terdapat penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli.
“Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib’ yang ada pada barangan yang diniagakan itu,” tulisnya.
Ujarnya lagi, perbuatan tersebut dikira menipu dan akad pembelian tersebut tidak sah. Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya meraih untung dalam perniagaan tetapi harus selari dengan garis panduan yang ditetapkan dan bukan dengan ccara menipu atau muslihat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Free Malaysian Today