Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia yang ingin membantu untuk menderma bagi mengurangkan beban hutang negara.

Namun, ramai yang mengecam penubuhan tabung tersebut kerana ada yang melihat seperti mereka semua diwajibkan dan dipaksa untuk menderma.

BACA: Tun M Umum Tabung Derma Bayar Hutang Negara

Berikutan itu, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan penubuhan ‘Tabung Harapan Malaysia’ bagi membantu ekonomi negara.

Tambahnya lagi, tindakan kerajaan dengan meminta derma dari rakyat tidak pelik, apatah lagi apabila ia bersifat sukarela.

“Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan,” katanya menerusi Facebook.

Asri juga turut membandingkan perkara itu dengan pihak yang sanggup membuat hutang untuk “bermewah-mewah”.

“Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan. Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuas hati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut,” tulisnya lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥