Najib: PRU Bila-Bila Masa Sebelum Jun Tahun Depan
Kita boleh lihat rakyat Malaysia semakin tak sabar untuk mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Ada yang sudah membuat perancangan untuk memastikan mereka dapat mengundi apabila tiba PRU dan ada juga yang sudah mahu meneka tarikh PRU yang akan datang ini.
Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberitahu PRU akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
BACA: Resepi Terbaru Ahmad Maslan Dikecam
Menurut Najib, Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kuasa untuk mentadbir negara sehingga bulan Jun tahun depan.
“Semua orang tahu, kita ada ‘limit time’, iaitu tidak boleh lewat daripada Jun, jadi bila-bila masa sahaja sebelum Jun,” ujarnya dalam sidang media di PWTC pada Sabtu lalu.
Di samping itu, Najib menegaskan PRU tidak semestinya berlaku dalam bulan Januari seperti kenyataan dikeluarkan oleh Tan Sri Mohd Ali Rustam yang berkata Najib meminta perwakilan jangan ke mana-mana pada bulan Januari tahun depan.
Mengikut peraturan, Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada 24 Jun 2018 dan Malaysia mempunyai 60 hari lagi untuk SPR adakan PRU-14.
Walau bagaimanapun, kita harus mendengar kenyataan rasmi daripada Najib mengenai tarikh PRU yang akan datang ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar
Tahun 2018 Harga Rokok Cecah RM50?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!
- SUMBER
- MSTAR