Setelah lama menunggu untuk bercuti, pasti kita akan teruja bila tibanya hari untuk bertolak lebih-lebih lagi bercuti ke luar negara. Sekumpulan 47 orang yang sepatutnya bercuti ke Turki dikatakan ditipu oleh ejen pelancongan mereka apabila terkandas di Pusat Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil.

BACA: Ini Cara Salah Untuk Anda ‘Kedekut’ Ketika Menginap Di Luar Negara

Gambar sekadar hiasan

“Kami bertolak dari Ipoh kira-kira pukul 10 pagi menuju ke Dengkil dan sampai di sana pada tengah hari,” ujar mangsa dikenali sebagai Zaridah.

Wanita berusia 60 tahun itu turut memberitahu kebanyakan mangsa adalah pesara kerajaan dan telah membayar harga tiket kapal terbang sebanyak RM1000 dan jumlah bayaran untuk seorang adalah sebanyak RM4,300.

Kejadian tersebut berlaku pada 12 Oktober lepas dan sepatutnya rombongan yang bertolak dari Ipoh, Perak, menaiki bas menunggu ejen tersebut di RnR Dengkil namun bayangnya tak kunjung tiba.

“Sebelum itu, ejen beritahu berlaku masalah kelewatan pada penerbangan yang sepatut dinaiki mereka. Tunggu punya tunggu kelibat ejen pun tak nampak,” jelasnya.

Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa penerbangan mereka ditukar Qatar Airlines untuk transit di Doha kepada Saudi Airline secara tiba-tiba membuatkan dia berasa tak sedap hati.

Berikutan itu, rombongan tersebut terpaksa pulang ke Ipoh dengan keadaan kecewa kerana ditipu oleh orang yang bertanggungjawab membawa mereka bercuti.

“Kami hanya mahu wang kami dipulangkan. Kalau tidak, tindakan susulan akan diambil termasuk membuat laporan ke Tuntutan Tribunal Pengguna dan meminta campur tangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),” tegasnya.

Malah, dia juga telah cuba untuk menghubungi syarikat ejen pelancongan berkenaan tetapi nombor telefon yang diletakkan di laman sosial Facebook mereka merupakan nombor telefon bekas pekerja mereka sahaja.

Syarikat berpengkalan di Kuala Kangsar, Perak, itu dikatakan tidak beroperasi lagi oleh bekas pekerja mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi!
9 Snek Halal Anda Boleh Makan Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ramen Ayam-Ya Wajib Makan & Q&A 2? (Kyoto)