Nak Cantik, Wanita ‘Tambah’ Bulu Hidung
Hampir setiap hari ada sahaja berita pelik yang timbul daripada dunia internet, dan untuk kali ini seorang wanita Asia mencuri tumpuan di media sosial apabila memuat naik gambar yang mempamerkan penggunaan bulu hidung palsu.
Bagaimanapun, ‘trend’ baru itu tidak disambut baik warga laman sosial.
BACA: Gadis Ini Popular Kerana Jerawat?
Seorang pengguna Instagram, Gret_chen_chen memutuskan ketika ini adalah saat yang terbaik bagi memperkenalkan ‘trend’ kosmetik terbaru, bulu hidung palsu.
Dalam gambar tersebut, GretChen menggunakan bulu mata palsu dan meletakkannya disekitar lubang hidung bagi menampakkan kesan seakan-akan bulu hidungnya terkeluar.
Bagaimanapun, ‘trend’ baru itu sekadar gurauan oleh GretChen sepertimana gambar lain yang dikongsikan di Instagram.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
- SUMBER
- NextShark