Nak Jimat Sambut Birthday Orang Tersayang? Ikut Cara Ini!
Bila hendak menyambut ulang tahun kelahiran sesiapa sahaja pastinya anda akan sentiasa ingin melakukan kelainan supaya dapat menjadi kenangan yang terindah dan sentiasa diingati seperti menempah kek yang istimewa ataupun menyambut dengan tema-tema tertentu.
BACA: Jom Buat Kuih Raya Ulat Bulu Viral
Namun begitu untuk sambutan ulang tahun kelahiran seperti itu agak tinggi juga kosnya kerana harga kek sahaja boleh mencecah lebih daripada RM100 sebiji.
Apa kata anda ikut cara seperti yang dilakukan seorang pengguna Facebook, Yumiko Chan yang berkongsi gambar dan video sewaktu dia dan rakan-rakan menyambut hari jadi adik kembarnya dengan menyediakan ‘kek roti canai’ sebanyak 20 keping.
Mereka meraikan sambutan hari jadi rakannya itu di sebuah restoran mamak di Damansara dan 20 keping roti canai itu menandakan sambutan hari jadi yang ke-20 tahun untuk adiknya itu.
Nampak mungkin melucukan tetapi kami pasti sambutan hari jadi seperti ini pastinya meninggalkan memori untuk dua beradik tersebut. Bukan sahaja menjimatkan bahkan unik dan menarik.