Nasib malang menimpa seorang wanita di bandar Jiangsu Huaian, apabila dia tergigit ekor tikus ketika menikmati ais krim kegemarannya.

Menurut laporan Shanghaiist, wanita yang dikenali sebagai Yang Xinru berkata, dia mengigit ais krim itu beberapa kali dan mendapati terdapat benda asing ‘berbulu’ di dalamnya.

BACA: Makan Tikus Demi Awet Muda

Dia menyangka okjek tersebut adalah ulat bulu. Kemudian dia meminta rakannya datang untuk memeriksa benda asing tersebut.

Mereka cuba menarik objek tersebut keluar, namun gagal kerana ia melekat terlalu kuat. Namun selepas memerhati, mereka mendapati ianya adalah ekor tikus.

Berikutan itu, wanita itu meminta pampasan dari pasar raya tersebut. Wanita itu menuntut pampasan sebanyak 50,000 yuan (RM30,943.05) atas alasan tergigit ekor tikus tersebut.

“Gila…saya hampir tertelan seekor tikus. Ini bukan perkara main-main yang boleh diselesaikan dengan jumlah ganti rugi yang sedikit,” katanya.

Malangnya, dia dimaklumkan bahawa dia hanya layak menuntut pampasan 1,000 yuan (RM618.86) sahaja.

Terus loya nak makan ais krim lepas tengok gambar ekor tikus. Harap-harap insiden seperti ini tidak berlaku di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terpaksa Makan Makanan Tikus Untuk Hidup
Kematian Adik Thaqif Berpunca Dari Kencing Tikus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!