Nasi kerabu merupakan makanan berasal dari Pantai Timur. Biasanya ia dijadikan sarapan pagi kerana rakyat Pantai Timur gemar memakan nasi pada waktu pagi.

Kini, nasi kerabu semakin dikenali di seluruh dunia malah nasi kerabu paling sedap di dunia berada di Terengganu, Malaysia.

BACA: ‘Tukang Masak’ Darjah 3 Curi Perhatian Orang Ramai

Sumber dari jommakanutara.blogspot.my

Fauzi Nasi Kerabu diiktiraf sebagai nasi kerabu paling sedap di dunia oleh The World Street Food Congress 2017 yang diadakan di Manila, Filipina pada 31 Mei hingga 4 Jun lepas. Kedai itu menduduki tempat ke 23 daripada 50 restoran street food terbaik dunia.

Sumber dari sinarharian.com.my

Pemilik Fauzi Nasi Kerabu, Mohd Fauzi Mat Salleh berkata, pengiktirafan itu merupakan sesuatu yang luar biasa untuknya kerana dia menyangka orang luar tidak menyukai makanan tempatan Malaysia.

Sumber dari terengganuhotspots.blogspot.my

Fauzi yang masih lagi terkejut dengan pencapaian terbesar dalam hidupnya selama 20 tahun berniaga itu bersyukur serta bangga dengan berita ini yang dianggap sebagai hadiah hari raya paling berharga untuk dirinya dan juga isteri.

Sumber dari foursquare.com

“Saya tidak pernah masuk apa-apa pertandingan dan tidak tahu langsung mengenai perkara tersebut sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu menemu ramah,” katanya.

“Apabila diberitahu mengenai perkara itu, saya masih tidak percaya sehinggalah lihat sendiri dalam internet dan ternyata perkara itu benar. Masa itu, barulah saya percaya,” tambahnya lagi.

Selain Fauzi Nasi Kerabu, terdapat enam restoran dari Malaysia yang turut mendapat pengiktirafan yang sama cuma kedudukan sahaja berbeza iaitu Nasi Kandar Line Clear (9), Siam St Cha Kway Teow, Pulau Pinang (14), Donald & Lily, Melaka (34), Guan Heong Biscuit Shop, Perak (36) serta Jalan Kuli Sate, Melaka (43).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan-Makan: Nasi Kerabu Asap Super Sedap