“Nasi Lemak Cheese? Siapa Punya Idea Ni?”
Menu nasi lemak memang cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Tidak kira di mana saja masakan popular ini menarik perhatian ramai pembeli dan pastinya, ia membangkitkan aroma yang menyelerakan.
Sekarang ni macam-macam hidangan makanan peniaga cuba buat untuk jadi lebih kreatif dan viral. Kadang-kadang tu tak masuk akal pun ada. Kalau sebelum ini dah ada aiskrim, kek dan burger nasi lemak.
BACA: Karipap Nasi Lemak Viral RM6 Sebiji Laku Habis
Tapi pernah tak terfikir wujudnya Nasi Lemak Cheese? Baru-baru ini viral di Twitter mengenai nasi lemak cheese. Ramai juga yang tertanya-tanya siapa yang menjual hidangan tersebut.
Namun, hidangan nasi lemak cheese itu hanyalah menu yang dieksperimenkan oleh seorang pengguna Twitter yang meletakkan taburan keju pada nasi lemak kemudian di masukkan ke dalam ketuhar gelombang untuk dicairkan.
Nasi Lemak Cheese. pic.twitter.com/5hlJIHIrj0
— Syafeeq FaXys (@syafeeq17) October 23, 2018
Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang mengatakan tidak semua makanan boleh dicampur dengan keju apatah lagi nasi lemak. Tidak kurang juga ada yang mengatakan kombinasi tersebut sangat pelik.
No..
Just no… https://t.co/62HRQSqgwS
— Rhys William (@si_rhys) October 23, 2018
Ada neraka khas untuk orang yang campur nasi lemak dengan cheese. https://t.co/xYeDmvnjIT
— Pizzo 🍕 (@pvckingpizza) October 23, 2018
helo pulis, bomba, jpam, rukun tetangga semua tengok ni dia letak cheese kat nasi lemak https://t.co/GZvxc9I1O0
— mystique (@nadyazainalll) October 24, 2018
Pisang goreng cheese aku bole layan lagi, but nasi lemak cheese, A BIG NO, what a disgrace, who propose this idea? OMG, please stop, plus I pray and hope that there's no one proposing Rendang Ayam cheese https://t.co/Aly1geXFk4
— ArifLuqman (@ArifLuqmanul) October 24, 2018
— aqmalapariaktakbur🍕 (@aqmaldaniel97) October 24, 2018
Namun, ada segelintir netizen tertarik untuk mencuba menu ‘eksperimen’ tersebut. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan kombinasi tersebut, namun ada yang mempertahankan bahawa tidak salah untuk mencuba menu baru.
Kalau rasanya sedap apa salahnya untuk mencuba. Mana tahu lepas ni ada yang makan tempoyak atau budu campur cheese.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍
- SUMBER
- Twitter Syafeeq FaXys