Nasi Lemak Pondan Masih Laku
‘Nasi Lemak Pondan’ pernah tular di negara ini hingga mencipta kontroversi kerana nama gerai itu menyentuh sensitiviti orang ramai.
Walau bagaimanapun, Nasi Lemak Pondan masih menjadi tumpuan hingga ramai yang menjadi pelanggan tetap nasi lemak itu yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
BACA: Nasi Lemak Semakin Diminati Di Korea Selatan
Pemilik gerai, Jojie Kamaruddin, berkata keenakan nasi lemak air tangan ibunya itu membuatkan ramai yang membeli nasi lemak jualannya serta membuatkan nasi lemak itu terkenal.
“Saya sudah beroperasi selama sembilan bulan sejak Mac lalu, jatuh bangun hujan ribut malah pernah dimaki hamun tetapi saya masih bertahan menjual nasi lemak,” katanya.
Menurutnya, dia pernah melalui dugaan berniaga apabila kelengkapan berniaga dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Oktober lalu.
Malah, kelengkapan gerai keduanya juga menghadapi masalah lebih kurang sama apabila diangkut oleh pihak berkuasa hingga dia hampir berputus asa dalam berniaga.
Demi sokongan keluarga dan pelanggan tetap, Jojie kembali berniaga menggunakan kelengkapan gerai milik ibunya di lokasi yang sama.
Tambahnya, dia sanggup untuk menukar nama gerai kepada Nasi Lemak Jie jika berjaya mempunyai premis makanan sendiri di lokasi tetap serta mempunyai lesen satu hari nanti.
“Saya mahu terus melangkah ke hadapan dan premis ini menjadi permulaan kepada hasrat saya untuk mempunyai restoran sendiri pada masa akan datang,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
3 Perkara Menarik Tentang Nasi Lemak Hello Kitty
Malaysia Keluarkan Juga Burger Nasi Lemak?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)
- SUMBER
- MSTAR