Nasi Lemak Tersenarai Antara 100 Makanan Tradisional Terbaik Dunia
Sebut saja nasi lemak sememangnya makanan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Jika dulu nasi lemak hanya di makan pada waktu sarapan sahaja, kini menu tersebut dimakan tidak kira waktu. Malah ada saja kedai menjual nasi lemak dibuka sehingga lewat malam.
Hidangan nasi lemak bukan sahaja diiktiraf sebagai hidangan sihat dan seimbang, malah tersenai di antara 100 hidangan tradisional terbaik dunia.
BACA: Petua Sambal Nasi Lemak Sedap, Sampai Asyik Teringat
Menerusi portal Taste Atlas, Nasi Lemak tersenari dalam makanan dengan rating 4 bintang. Malah portal itu turut menyatakan tiada hidangan lain di Malaysia lebih popular dari Nasi Lemak.
Hidangan dari Filipina, Crispy Pata (kaki khinzir yang digoreng), diiktiraf sebagai makanan terbaik dengan rating 4.7 bintang diikuti oleh Hakata Ramen dari Jepan dan Lasagna dari Itali.
Untuk rekod, sebelum ini pada tahun 2016 nasi lemak diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah antarabangsa terkenal, TIME.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍
- SUMBER
- Taste Atlast