Netizen Bengang Ibu Anti Vaksin Tak Benar Anak Hidap Kuning Dirawat
Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan kes penyakit polio kembali muncul di negara kita selepas 27 tahun.
Boleh dikatakan golongan anti vaksin ini sangat berpegang kuat dengan pendirian mereka, meskipun pelbagai kes buruk terjadi pada mereka yang tidak mengambil vaksin namun ia sedikit pun tidak menakutkan mereka.
BACA: Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Tahun 2019
Baru-baru ini isu anti vaksin sekali lagi menjadi bualan dan ianya benar-benar menimbulkan kemarahan netizen.
I nak carut mak ni bodoh boleh tak? Dah la taknak vaksin baby, anak kena jaundice nak ambik darah pun tak bagi?! 😤
Tegar gak nurse tampal "Anti Vaksin" siap nak panggil polis, pic.twitter.com/ELZGR2w79c
— ye saya (@AidaSue) January 5, 2020
Tular satu perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai adiknya semasa berada di sebuah hospital di Kota Bharu. Menerusi entri itu, netizen itu berkata adiknya bersalin secara czer tetapi dia dan bayinya tidak dibenarkan untuk discarge kerana anaknya demam kuning.
Lebih memburukkan keadaan, si ibu dikatakan tidak membenarkan doktor memberikan anaknya antibiotik. Malah, tidak membenarkan mengambil darah dan letak di bawah lampu biru.
Difahamkan, entri itu dikongsikan menerusi Facebook Masyarakat Kena Tahu dan menerima kecaman hebat daripada netizen.
Untuk pengetahuan anda, discaj ‘At Own Risk‘ atau lebih dikenali ‘AOR’ ini tidak boleh diguna pakai jika anak mengidap demam kuning kerana bayi juga mempunyai hak mereka kerana sudah termaktub dalam Akta Kanak-Kanak.
Turut dijelaskan lebih lanjut mengenai demam kuning dimana ramai yang ingat ianya perkara normal tapi sebenarnya jika tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti toksik dalam otak bayi.
Dalam pada itu, ramai netizen menyifatkan golongan anti vaksin menyusahkan pihak hospital. Malah ada yang meminta golongan tersebut melahirkan bayi mereka sendiri jika tidak percaya dengan doktor atau perubatan moden.
Tidak kurang juga ramai yang menyeru pihak kerajaan supaya dengan segera menguatkuasakan saman atau tindakan terhadap golongan anti vaksin.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram