MAS Nafi Dakwaan Iklan Daging Babi, Sebenarnya Daging Wagyu
Minggu lalu timbul kekecohan di media sosial apabila ada netizen mendakwa gambar daging babi diiklankan di dalam majalah syarikat penerbangan, Malaysia Airlines (MAS) Going Places keluaran Januari 2019.
Perkongsian netizen mengenai gambar tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai. Susulan itu, pihak MAS memohon maaf berhubung perkara itu serta tampil memberikan penjelasan.
BACA: Negara Banyak Hutang Tapi Parlimen Jamu Daging RM2,000?
Memetik laporan Sinar Harian, menerusi satu kenyataan mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah daging lembu Wagyu dan bukan daging babi.
“Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidupp lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepda penumpang dari seluruh dunia.
“Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” tulisnya.
Terdahulu, perkara itu turut mendapat perhatian bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz yang turut menyelar insiden tersebut serta disifatkan tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Set Siakap Stim Limau Paling Berbaloi Di Malaysia! 😱😱😱 (sampai 31 Januari 2019 saja)
- SUMBER
- World of buzz