Kalau sebelum ini, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati tentang rendang ayam ‘crispy’, kali ini heboh di Twitter mengenai makanan popular Malaysia iaitu Char Kuey Teow.

Seorang pengguna Twitter bernama Nik Munawwar meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan sesetengah kedai Melayu yang menjual Char Kuey Teow basah. Menurut lelaki itu, menu Char Kuey Teow Basah sebenarnya tidak wujud!

BACA: Takut Beli Tauge Daripada Warga Asing

Menurutnya, Char Kuey Teow sepatutnya tidak basah. Tambahnya lagi, lebih kecewa apabila dia membeli Char Kuey Teow di kedai Melayu namun dia dapat Kuey Teow sup kicap.

Tambahnya lagi, ramai yang tidak tahu makanan tersebut adalah berasal dari kaum Cina dan jika ingin nikmati Char Kuey Teow original, kena cuba Char Kuey Teow yang dimasak oleh kaum Cina.

Pengguna Twitter itu juga turut memberitahu tentang maksud Char Kuey Teow itu sendiri. Ramai yang tidak tahu, ‘Char’ dalam bahasa Cina bermaksud goreng. Maknanya, Char Kuey Teow sebenarnya Kuey Teow goreng. Bukan Kuey Teow basah yang orang Melayu suka sangat tu.

‘Char’ bermaksud goreng

Char Kuey Teow & Kuey Teow Goreng adalah sama

Rupanya ramai mengalami masalah yang sama apabila membeli Char Kuey Teow di kedai Melayu. Bila beli je mesti dapat yang basah.

Sebab Char Kuey Teow ramai pulak nak bergaduh. Mungkin sebab kedai Melayu tak tahu apa maksud ‘Char’ tu. Apa kata lepas ni setiap kali nak beli sebut je Kuey Teow Goreng. Senang cerita!

ARTIKEL BERKAITAN:
Ciptaan Pasaraya Tempatan Ini Bantu Anda Masak Dengan Pantas!
Ini Pasar Raya Pertama Di Dunia Ganti Bekas Plastik

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan