Menjelang je bulan Ramadhan, juadah Murtabak antara yang paling popular. Kalau ke bazar Ramadhan tak sah rasanya kalau tak cari murtabak. Boleh dikatakan ia antara menu wajib setiap kali berbuka puasa.

Namun, baru-baru ini netizen bertelagah apakah gandingan yang sesuai untuk dimakan dengan murtabak. Sama ada kuah kari atau pun sirap bawang? Siap buat undian lagi.

BACA: Ini Murtabak Gemuk & Besar Kami Pernah Tengok

 

Mana satu jadi pilihan, kuah kari atau sirap bawang?

Tidak dapat dipastikan bagaimana isu tersebut mula timbul, namun gara-gara itu juga netizen bergaduh dan perdebatan semakin serius. Mengikut undian tersebut, kuah kari mendahului

Kenapa sekarang baru nak kecoh?

Ternyata undian tersebut menimbulkan perlbagai reaksi dari netizen yang hairan mengapa isu tersebut mahu dijadikan isu besar, sedangkan makanan tersebut sudah lama wujud.

Ada juga yang berpendapat isu ini sengaja ditimbulkan hanya untuk tujuan pemasaran dan dianggap sebagai ‘perangkap’ kepada netizen supaya bercakap dan berdebat sesama mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Biskut Horlicks Padu Beb!