Baru-baru ini tular di media sosial satu rancangan temu bual di India dimana seorang penyanyi latar terkenal negara tersebut berkongsikan lagu yang sering dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya.

Namun apa yang mengejutkan, lagu yang dipilih oleh Sithara Krishnakumar itu seakan menyerupai lagu Zikir yang sangat sinonim dengan mereka yang beragama Islam iaitu ‘Hasbi Rabbi’.

BACA: “Imam Terawih Dibayar RM3k Bising, Penyanyi Bayar Ribu Boleh Pula”

Mendengarkan alunan melodi dan lirikanya ia sememangnya lagu zikir ‘Hasbi Rabbi’. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kagum apabila mereka yang bukan beragama Islam sukakan lagu Zikir tersebut.

Dalam pada itu ada netizen mempersoalkan adakah artis dari India itu tahu maksud sebenar ‘lagu’ tersebut. Malah, ada netizen berkongsikan dia pernah terdengar jirannya berbangsa India turut menggunakan lagu Zikir tersebut untuk dodoikan anak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi