Netizen Lacar Kempen #HentikanTaugeh, Ramai Cakap Membazir?
Pasti ada di antara anda yang mempunyai rakan yang tidak gemarkan sayur. Kalau tak suka sayur tu perkara biasa, tapi macam mana pula jika mereka tidak sukakan taugeh?
Memang gigih nak asingkan taugeh daripada hidangan sebab selalunya ada sesetengah hidangan tak lengkap jika tiada taugeh contohnya kuewtiau goreng.
BACA: Tingkatkan Kesuburan, 6 Kebaikan Taugeh Ramai Tak Tahu
Baru-baru ini di laman Twitter, netizen telah melancarkan kempen #heentikantaugeh buat mereka yang tidak gemarkan sayuran tersebut.
Ia bermula dari satu Tweet oleh @oliowoots, dimana dia mengasingkan setiap satu taugeh di dalam hidangan kuewtiau gorengnya beserta kapsyen “Lunch today punya cerita #HentikanTaugeh.”
Lunch today punya cerita… #HentikanTaugeh pic.twitter.com/rwKWJ4kVjQ
— The Raya Grinch (@oliowoots) June 25, 2019
Tweet tersebut mendapat perhatian netizen lain dan disambut oleh mereka yang anti taugeh. Malah ramai yang mengatakan taugeh mempunyai rasa yang pelik dan tidak patut berada dalam makanan.
Bagaimanapun, ada segelintir menentang kempen tersebut dan menyifatkan ianya satu pembaziran. Kata netizen, jika tidak sukakan taugeh boleh minta untuk tidak letakkan taugeh dalam makanan daripada membuangnya.
Apa pun memang gigih betul netizen tersebut mengasingkan taugeh satu persatu. Tapi memang rugi jika anda tak sukakan taugeh sebab banyak khasiat daripada sayur tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram