Netizen Persoal Banduan Makan 5 Kali Sehari
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana kehidupan sebenar di dlaam penjara. Mungkin ada yang beranggapan kehidupan di penjara sangat teruk seolah seperti hidup dalam neraka.
Namun tanggapan anda itu berbeza dengan apa yang berlaku. Banduan yang menjalani hukuman penjara akan diajar dengan pelbagai kemahiran yang boleh diguna pakai apabila mereka bebas kelak.
BACA: Cop Parking Di Mana-Mana Premis Boleh Dipenjara & Denda
Namun laporan Harian Metro tertanya mengejutkan ramai dimana kos makan lima kali sehari bagi seorang banduan di Penjara Marang berjumlah RM41.
Menurut Pegawai Unit Sajian Penjara Marang, Penolong Penguasa Penjara, Suhardi Ali, hidangan untuk 2,700 banduan disediakan Unit Sajian Penjara Marang.
“Setiap hari kita memerlukan kira-kira 700 kilogram (kg) beras, 560kg ikan dan 400kg ayam yang dimasak oleh banduan dan dikawal selia oleh pegawai penjara,” katanya.
Dalam pada itu, banduan yang ditempatkan di Unit Sajian perlu melalui beberapa peringkat sebelum diberi tugasan memasak di unit terbabit dan tidak boleh mempunyai kecacatan fizikal, selain mempunyai tahap kesihatan memuaskan.
Laporan itu sekaligus mendapat kritikan netizen yang mempersoalkan tentang banduan dapat makan 5 kali sehari sedangkan ramai orang diluar sana ada terpaksa mengikat perut.
Malah ada yang mencadangkan perkara itu perlu dikaji semula. Kata netizen banduan makan tiga kali sehari sudah memadai.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2
- SUMBER
- Harian Metro