Sejak kebelakangan ini semakin banyak kedai minuman bubble tea dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sana sini ada saja kedai minuman bubble tea.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang netizen mempersoalkan status halal rangkaian kedai minuman Xing Fu Tang & The Alley yang kini menjadi kegilaan ramai.

BACA: Kementerian Agama Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

Netizen itu juga turut menggesa peminat minuman tersebut khususnya yang beragama Islam agar berhenti membeli minuman tersebut sehingga kesahihan status halalnya terjamin.

 

Hasil cariannya di portal halal Jakim, tiada data mengenai sijil halal kedua rangkaian minuman tersebut. Menurutnya lagi, kedai minuman The Alley kini dalam proses halal Jakim.

Menurutnya lagi, isu halal jangan dipandang ringan kerana mekanan yang masuk dalam badan kita akan menjadi darah daging. Ujarnya lagi, banyak keburukan apabila kita makan dan minum sesuatu yang tidak halal.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Malah ada yang menyelar kenyataan netizen itu dengan menunjukkan sijil halal yang diperolehi Xing Fu Tang dari Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA).

Bagaimanapun, netizen itu berkata sijil tersebut bukanlah bukti kukuh mengatakan bahawa rangkaian kedai minuman itu sebenarnya halal.

Dalam masa sama, pihak Xing Fu Tang telah menjawab pertanyaan netizen dimana produk mereka mempunyai sijil halal Taiwan dan tidak menggunakan bahan berunsur babi.

Apa pun, rata-rata netizen berpendapat netizen itu tersebut hanya mahu mengingatkan pengguna sahaja, namun terpulang kepada diri kita sendiri untuk membuat pilihan.  Jika anda rasa was-was lebih baik elakkan daripada membeli minuman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?