Netizen Pertikai Bagaimana Iklan ‘Sugar Daddy’ Terpampang Di KL?
Baru-baru ini tular di media sosial iklan dikatakan berunsur lucah dipasang secara terbuka yang ternyata mengejutkan rakyat Malaysia. Difahamkan, iklan aplikasi mencari pasangan itu dipasang di kawasan Bangsar dan Sri Hartamas.
Iklan tersebut memaparkan seorang wanita memeluk bahu seorang lelaki berumur. Susulan penularan itu, rata-rata netizen tertanya-tanya bagaimana iklan tersebut mendapat kelulusan untuk dinaikkan.
BACA: Papan Tanda IPOH ‘Diceroboh’ Lagi
Malah, netien turut mempersoalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang seolah terlepas pandang hal itu.
Iklan sugar daddy, sugar baby, sugar mummy dinaikkan dan terpampang secara terbuka.
Macamana DBKL boleh lulus signboard besar macamani?
@KhalidSamadterlepas pandang ke?
IMHO tak sesuai sekali dengan adab dan budaya kita di Malaysia.
Lokasi Banner: Bangsar dan Sri Hartamas. pic.twitter.com/OyWPC3dfbS
— Khairul Azri (@mkhairulazri) December 17, 2019
Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah mengarahkan papan iklan tersebut serta merta. Dalam satu kenyataan memaklumkan, iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
Dalam pada itu, pemilik akaun Persatuan Pengguna Cyber Malaysia pada status Facebooknya mendedahkan aplikasi Sugarbook itu adalah merupakan aplikasi perkhidmatan pelacuran.
Sementara itu, seorang netizen yang mempunyai pengalaman di syarikat penigklana berkata iklan seperti itu tidak memerlukan kelulusan daripada DBKL mahupun Dewan Bahasa Pustaka (DBP), hanya iklan berkaitan kesihatan sahaja yang memerlukan pengesahan.
Apa pun diharap pihak berkenaan lebih peka tentang perkara ini. Walaupun ada yang memandang remeh tentang isu ini, namun ia mampu memberi kesan besar kepada masyarakat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram