Netizen Terhibur Lelaki Ambil Anak Dari Taska Naik ‘Kereta Terbang’
Memasuki tahun 2020, ramai netizen mula berjenaka mengenai kereta terbang. Mana tidaknya, dahulu masyarakat pernah disogok dengan khabar angin bahawa akan wujudnya kereta terbang menjelang tahun 2020 sebagai hasil kepesatan teknologi.
Bagaimanapun, perkongsian seorang pengguna Facebook ini yang berkongsikan beberapa foto menunjukkan dirinya mengambil anak dari taksa menaiki kerta terbang ternyata menghiburkan netizen.
BACA: Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85 Peratus Siap
Hari ni p ambik anak dkt taska 16minit ja memandangkan hanya 2 3 biji kereta sja kt atas ni mmg abam puas hati la xpyh…
Posted by Hairun Ashrie on Rabu, 1 Januari 2020
Apa yang pasti jenaka lelaki ini memang lain dari yang lain. Malah, netizen juga turut mengagumi kretivitinya yang mengolah gambar tersebut seolah-olah dia menaiki kereta terbang.
Lebih menghiburkan kapsyen gambar tersebut dimana lelaki itu mengatakan dia mengambil masa 16 minit untuk mengambil anaknya kerana hanya ada 2-3 buah kereta di atas.
Memang lain macam betul ‘troll’ lelaki ini mengenai kereta terbang. Apa pun pasti ramai tertanya-tanya apa agaknya perkembangan terbaru mengenai kereta terbang pertama Malaysia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram