Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai. Lebih mengejutkan ianya mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Tambahan pula, semakin banyak kedai minuman bubble tea dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

BACA: Minum Bubble Tea 3 Kali Sehari, ‘Pearl’ Tersangkut Dalam Usus

Berita baik untuk peminat bubble tea,  rangkaian minuman bubble tea popular Thailand, Fire Tiger baru sahaja membuat membuka cawangan mereka di Malaysia.

Cawangan pertama itu sudah dibuka di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall dan difahamkan satu lagi cawangan akan dibuka di Johor Baharu.

Seperti biasa, ramai tidak sabar mencuba jenama bubble tea terbaru itu untuk membuat perbandingan dengan jenama lain.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah komen lucu netizen yang meminta supaya sediakan kad perubatan memandangkan semakin banyak jenama bubble tea di pasaran sekarang.

Dalam pada itu, ramai yang teruja untuk mencuba minuman tersebut bertanyakan mengenai status minuman sama ada halal atau tidak.

Apa pendapat anda, adakah kita perlukan banyak lagi jenama bubble tea lain di Malaysia?

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang