Niat Nak Makan Maggi Tomyam, Tak Sangka RM120 Melayang
Kalau pergi ke Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan, tak sah rasanya kalau tak menikmati makanan yang dijual di sana. Dengan angin-angin sepoi-sepoi bahasa, memang seronok melepak makan tepi pantai.
Namun seorang gadis bernama Fatin ini kongsikan pengalaman malang makan di sana. Pada awalnya dia hanya ingin memesan maggi tomyam, namun atas sebab tertentu, peniaga tidak boleh sediakan hidangan tersebut. Ikuti perkongsian gadis ini.
BACA: Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta
Nak makan maggi tomyam, tapi lain yang jadi
Fatin memberitahu, dia merupakan penduduk di sana dan dia tidak sangka perkara itu berlaku pada dirinya. Peniaga memberitahu, mereka tidak boleh sediakan maggi tomyam dan memintanya untuk mencuba maggi ketam memandangkan bahan dan kuah sudah pun tersedia.
Terkejut, bila kira harga semuanya RM120
Menurut Fatin, dia terkejut dengan harga yang diberitahu oleh peniaga. Kata peniaga lagi, mereka menggunakan ketam besar dan maggi tersebut turut mengandungi udang. Kata Fatin lagi, semangkuk maggi ketam yang dimakan olehnya berharga RM36.
Peniaga selalu tipu supaya pelanggan order mahal-mahal
Kata Fatin, bapanya memberitahu peniaga disitu memang selalu menipu pelanggan agar mereka order makanan yang mahal-mahal. Sementara itu, rata-rata netizen bertanyakan nama kedai makan tersebut kerana bimbang jika mereka juga turut menjadi mangsa.
Fatin juga turut menasihati mereka yang ingin makan disitu untuk bertanyakan harga terlebih dahulu sebelum menempah makanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Twitter Nurul Fatin Aqilah