Obses Nak Kurus, Usus Gadis Ini Bengkak & Hampir Pecah
Ramai wanita di luar sana sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan langsing. Namun gadis ini terlalu obses untuk cantik hingga membahayakan nyawanya.
Wanita ini berkongsikan kisahnya menggunakan 16 produk untuk kuruskan badan sehingga membuatkan dirinya serik. Buat wanita diluar sana, diharap perkongsian oleh gadis ini boleh dijadikan pengajaran daripada pengalaman yang dilalui olehnya.
BACA: Suka Sangat Makan Pedas, Wanita Ini Hampir Hidap Kanser
Pakai beli ubat kurus, tanpa selidik terlebih dahulu
Menurut gadis yang dikenali sebagai Nursyahidah ini, dia memberitahu dia mencuba produk yang ke-16 tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu. Menurutnya, dia rasa geram untuk mencuba produk berkenaan selepas melihat feedback yang dikongsikan oleh pengguna lain.
Namun masuk hari ketiga, dia tidak mengambil ubat tersebut kerana rasa tidak sedap makan. Katanya lagi, ubat tersebut terlalu kuat sehinggakan dia tetap rasa kenyang walaupun tidak menjamah makanan.
Teruskan makan, nadi jadi sangat laju
Gadis itu memberitahu, sejak mengambil ubat tersebut dia mengalami sembelit walaupun sudah minum banyak air. Kemudian dia mengalami simptom tidak sedap badan, rasa letih, pening dan rasa nak muntah. Akhirnya dia membuat keputusan berhenti makan ubat tersebut.
Namun dia mengalami sakit perut secara tiba-tiba dan rasa sakit semakin kuat. Gadis tersebut terus dapatkan rawatan dan doktor memberitahu tekanan darah normal, tetapi jantung laju dan nadi laju.
Doktor sahkan usus bengkak & hampir nak pecah
Selepas pemeriksaan, doktor memberitahu dia perlu menjalani pembedahan kerana susu bengkak. Kata gadis itu lagi, tiba-tiba dia mengalami muntah-muntah dan warna muntah itu berwarna hijau sama dengan warna ubat kurus yang dimakan olehnya.
Jika makan ubat kurus tak rasa lapar, mungkin ada dadah
Gadis itu juga turut menasihati wanita diluar sana untuk lebih berhati-hati. Katanya lagi, kalau nak kelihatan cantik, biarlah berpada-pada. Semak dahulu ubat yang dimakan ada kelulusan dari kementerian kesihatan atau tidak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Hijabista