Dari dulu lagi banyak spekulasi timbul mengenai minuman Starbucks. Ada yang kata minuman ini tidak halal dan dicampur lemak babi dan ada juga yang kata Starbucks ini beri sumbangan pada pihak Zionis

Tapi kali ini ada cerita lagi dasyat mengenai minuman Starbucks. Sebuah video dimuat naik di media sosial bercakap mengenai minuman tersebut viral.

BACA: Beli Starbucks Ingat Kunyah Kacang, Rupanya Gel Silica

Seorang penceramah popular di Indonesia menjadi perhatian ramai selepas membuat kenyataan dengan mengatakan orang Muslim yang membeli Starbuks akan dimasukkan dalam neraka.

Masuk neraka sebab Starbucks sokong LGBT

Menerusi video berdurasi 52 minit itu, penceramah dikenali sebagai Abdul Somad menjelaskan bahawa orang Islam akan dimasukkan dalam neraka jika membeli minuman di Starbucks kerana syarikat tersebut menyokong golongan LGBT.

Penceramah itu ditanya apakah hukum jika membeli dari kafe yang menyokong golongan LGBT, dan dia menggunakan Starbucks sebagai contoh memandangkan syarikat tersebut secara terang-terangan mengokong golongan itu.

“Kaum LGBT kenapa komunitimu begitu besar? Lalu mereka menjawab kerana ada penyumbang, itu yang di syurga itu penyumbangnya. Terus tarik balik yang di syurga tadi dimasukkan semula dalam neraka (kerana menyumbang kepada Starbucks),” kata penceramah tersebut.

Pengguna Facebook, Twitter semua masuk neraka juga?

Berikutan itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengatakan Facebook, Twitter, YouTube juga menyokong LGBT. Bermakna semua pengguna boleh masuk neraka juga.

Tak pernah pula fikir sampai ke tahap itu. Kalau pekerja premis tersebut Islam maknanya masuk neraka juga ke. Macam-mana nak cari rezeki? Apa pendapat anda?

ARTIKEL BERKAITAN:
Cara Mudah Buat Green Tea Ala Starbucks
Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya