Oreo Perisa Wasabi & Kepak Ayam Pedas Diperkenalkan
Sebut saja biskut Oreo pasti ramai yang tahu tagline popular mereka ‘Putar, Jilat dan Celup’. Ramai yang lebih gemarkan perisa original krim putih walaupun ada beberapa perisa lain diperkenalkan seperti coklat, campuran, beri biru, teh hijau dan mentega kacang.
Baru-baru ini, biskut yang sudah berusia hampir 106 tahun itu menjadi perhatian ramai apabila memperkenalkan dua perisa baharu iaitu Oreo perisa wasabi dan kepak ayam pedas. Rata-rata peminat Orea teruja untuk merasai dua perisa baharu tersebut yang agak ‘luar biasa’.
BACA: Tak Sampai RM20, Buat Sendiri Cheesecake Durian Gebu
Innovation sensation: #TeamMDLZ @Oreo just launched two new BIG and BOLD flavors in #China: Hot Chicken Wing and Wasabi! pic.twitter.com/zntoTKbplE
— Mondelēz Intl (@MDLZ) August 22, 2018
Bagaimanapun berita ini mungkin akan membuatkan peminat Oreo di Malaysia sedikit kecewa kerana dua perisa baharu itu hanya di keluarkan di pasaran negara China sahaja.
Tetapi jika anda mahu mencubanya, boleh dapatkan dua perisa tersebut menerusi laman web eBay. Oreo perisa wasabi dan kepak ayam pedas tersebut dijual pada harga $13.99 (RM58) sehingga $23.99 (RM99) sekotak di eBay.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- RojakDaily