Pa’din Musa Hasilkan Koleksi Edisi Khas Vans Daripada Tikar Mengkuang
Nama Pa’din Musa tidak perlu diperkenalkan lagi. Lagenda skatebording Malaysia yang juga atlet papan selaju ini berjaya memenangi dua pingat emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.
Malah, Pa’din mencipta sejarah apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans.
BACA: ASICS Perkenal Rekaan Kasut Nasi Lemak Edisi Terhad
Nampaknya, Pa’din sekali lagi bekerjasama dengan Vans untuk menghasilkan koleksi edisi khas bersempena dengan Vans Checkerboard Day.
Menariknya, Pa’Din tampil kelainan dengan menghasilkan koleksi khas yang diberi nama Tikar Mengkuang dan juga menggunakan tikar mengkuang.
Malah, rekaannya juga sama seperti kraftangan tikar mengkuang yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi.
Kasut ini khas dibuat untuk dibida pada 21 November ini bersempena acara Vans Checkerboard Day. Difahamkan, hasil daripada lelongan akan disumbangkan kepada badan amal.
Mesti ramai masih ingat lagi, ramai yang sanggup beratur panjang untuk dapatkan kasut signature colorway profesional koleksi Pa’din Musa dua tahun lalu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram