Kadangkala kita tak sedar gurauan kita telah menyinggung perasaan orang lain walaupun ia bukanlah niat kita. Berikutan isu panggilan prank daripada sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyinggung perasaan orang ramai, pihak stesen radio itu sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang tersinggung terutama kepada mangsa panggilan prank.

BACA: Wahai Wanita, Waspada Dengan Panggilan Doktor Gatal Ini

Sumber dari Fb Zairi Bin Zainal

Berikutan isu hangat diperkatakan mengenai sebuah stesen radio tempatan, Hot FM membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu ‘panggilan hangit’ kepada misi jelajah basikal seorang lelaki bernama Zairi Zainal.

Menurut permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak Hot FM, mereka menjelaskan bahawa mereka tiada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak yang terlibat dan isi kandungan panggilan itu juga berdasarkan permintaan yang dicadangkan kepada mereka.

Sumber dari Fb Zairi Bin Zainal

Walaupun terkena panggilan ‘hangit’, Zairi tak menyalahkan pihak Hot FM dan menganggap ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.

Malah, dia juga mendapat banyak sumbangan daripada pelbagai pihak selepas kisah panggilan hangit tular di laman sosial.

Sumber dari Fb Zairi Bin Zainal

Bukan itu sahaja, ramai warga laman sosial mendoakan yang terbaik buat Zairi yang mahu menjelajah semenanjung Malaysia dengan mengayuh basikal.

Kami berharap Zairi dapat meneruskan misi jelajah basikal dan lebih bersemangat melakukannya kerana ramai yang menyokongnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Status Facebook Dikecam Teruk, Kuih Semperit Jadi Pengubat Duka
Gadis Ini Dikecam Gara-Gara Biawak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3