“Nikah Bawah Umur Adalah Keperluan Di Kelantan”
Sebelum ini isu perkahwinan bawah umur yang berlaku di Malaysia menjadi perbincangan hangat netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur. Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah menegaskan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.
Bagaimanapun, PAS Kelantan tidak bersetuju untuk meminda umur minimum bagi pasangan beragama Islam untuk berkahwin di negeri itu.
BACA: Mais Mahu Tetapkan Had Umur Kahwin Kepada 18 Tahun
Perkahwinan bawah umur adalah wajar & menjadi satu keperluan
Memetik laporan Utusan Online, melalui satu persidangan, mereka bersetuju dan menerima resolusi bahawa perkahwinan bawah umur adalah wajar dan menjadi satu keperluan di Kelantan.
Ia juga selaras dengan hukum syarak sebagaimana termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.
Persidangan itu juga turut menolak Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang mendesak agar kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian.
“Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujudnya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan Piawaian Operasi Standard (SOP) yang digariskan.
“Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesediaan mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,” kata resolusi itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Utusan Online