Pasrah Makan Sambil Ditemani Lalat
Agak meloyakan dan geli jika tempat yang sepatutnya menjadi tempat makan dipenuhi lalat hinggakan penjual makanan turut terkena tempiasnya apabila lalat memenuhi makanan.
Sebuah sekolah di Pendang, Kedah dihurungi lalat hingga menyebabkan para pelajar di sekolah itu sukar untuk makan ketika waktu rehat.
BACA: 20 Tahun Hidup Dihurung Lalat
Difahamkan, masalah itu timbul sejak bulan Jun tahun lepas hingga sekarang namun tiada tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah tersebut.
Pengusaha kantin Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Khoiree Abdullah, berkata dia telah mencuba pelbagai cara bagi menghalau lalat tetapi tak berjaya.
“Benda ini tidak habis, saya ingatkan dua tiga hari saja. Macam-macam usaha saya, daun pandan, serai wangi, lilin, lilin serai wangi,” jelasnya.
Menurut pengawal sekolah, Ismail Mustafa, memberitahu punca lalat muncul di sekolah itu dikatakan daripada projek tanaman kelapa sawit yang menggunakan baja tahi ayam.
Lebih 20 kali lori membawa muatan tahi ayam berulang alik setiap hari masuk ke ladang kelapa sawit tersebut menyebabkan mereka hilang selera makan kerana bau kurang menyenangkan dan kehadiran lalat yang banyak.
Berikutan itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Shafie Awang berkata dia sudah membuat aduan kepada majlis daerah dan Jabatan Alam Sekitar pada 31 Disember tahun lalu.
Pihak ibu bapa juga risau dengan situasi dialami sekolah berkenaan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan segera untuk kebaikan para pelajar di sana.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lekat Gula-Gula Getah Di Dinding Jadi Tabiat Di Seattle
Jijik! Wanita ini Makan Tahi Sendiri Sejak 13 Tahun Lalu
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak
- SUMBER
- ASTRO AWANI