“Patutlah Masuk Duit Kena Tendang, Ingatkan Duit Palsu”
Pasti ramai di antara anda pernah mengalami situasi di mana ketika anda mahu membayar tiket parkir atau membeli di vending machine, wang kertas RM1 yang anda masukkan tidak diterima.
Ada yang tertanya-tanya mungkinkah mesin tersebut tidak menerima duit anda kerana wang kertas tersebut berlipat, renyuk atau kotor.
BACA: Wanita Ajar Teknik ‘Kuno’ Simpan Duit, Tapi Memang Menjadi
Namun seorang pengguna Twitter ini mendedahkan, mesin bayaran tidak menerima wang kertas RM1 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim.
Fun fact: some vending machines don’t accept your RM1 because it has Muhammad bin Ibrahim signature. It only accepts Zeti Aziz bank notes #TIL https://t.co/mVw9MU0C9c
— aini (@nurfitriainii) July 3, 2019
Jelas wanita itu, ada sesetengah mesin bayaran atau pun vending machine tidak menerima wang kertas anda kerana ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyangkakan wang kertas tidak diterima kerana ianya berlipat atau rosak. Malah ada yang menyangkakan wang kertas tersebut adalah palsu.
Tidak kurang juga ada yang mengosok wang kertas mereka kerana sangkakan wang tersebut tidak diterima kerana tidak lurus.
Kenapa dia nak yang Zeti Aziz je? Sebab perempuan always right
Boleh dikatakan ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- Twitter Nur Fitri Aini