Sebelum ini, pau hanya mempunyai perisa yang terhad seperti kaya, kacang merah, daging dan ayam sahaja. Kemudian, muncul pula pau ayam panggang, cendawan, coklat dan sebagainya hasil idea anak muda zaman sekarang.

Selain itu, wujud juga perisa pau sosej keju, lada hitam, serunding daging yang diperkenalkan oleh Pau R’mias sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

BACA: Nasi Lemak 80 Sen Masih Wujud

Pemilik Pau R’mias, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata sudah 3,000 pau terjual sepanjang dia menjual di PAU 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, idea dihasilkan oleh rakan-rakannya supaya membuat pau berwarna-warni dan berpesan agar letak isi pau lebih.

Untuk pengetahuan anda, pau R’mias mempunyai 10 jenis perisa termasuk sardin, coklat kopi, kelapa bijan dan macam-macam lagi perisa serta dijual pada harga RM2 satu.

Selain itu, Ghazali memberitahu nama R’mias bermaksud rimas dalam loghat utara. Kiranya bila dah makan sekali, mesti nak lagi.

“Bak kata orang utara, kalau tak dapat tu rasa rimas. Macam itulah juga bila pelanggan dah rasa Pau R’mias ini,” jelasnya.

Jika anda ingin merasai pau R’mias, ia ada dijual di kawasan lain seperti pasar malam sekitar Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Sungai Petani, Kedah dan Sepang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bayar Nasi Kerabu Di Kelantan Guna Bitcoin
Nasi Lemak Percuma Tiap Jumaat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?