PDRM: Bahaya Buat Simbol ‘Peace’ Ketika Bergambar
Setiap kali bergambar, pasti ramai di antara anda yang sering membuat simbol ‘peace’. Tetapi ramai yang tdak tahu kesan bahaya simbol tersebut dan untuk keselamatan diri adalah lebih baik jika anda tidak lagi melakukannya.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang bahayanya simbol tersebut. Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka ada berkongsikan mengenai simbol itu yang membuatkan anda berfikir dua kali selepas ini sebelum melakukan simbol tersebut.
BACA: Gambar Kahwin Dalam Banjir Dipuji, Netizen Siasat Rupanya Isteri Kedua
#JomBeringatHATI-HATI BUAT 'PEACE SIGN' KETIKA BERGAMBARAnda suka membuat 'peace sign' ketika bergambar? Fikir…
โพสต์โดย Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) เมื่อ วันอาทิตย์ที่ 1 ธันวาคม 2019
Menurut penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NII) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga meter jauhnya.
Dizaman teknologi serba canggih, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.
Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah.
Meskipun sistem biometrik yang menggunakan pengesanan cap jari, mata dan wajah dilihat sebagai satu sistem keselamatan hebat namun pengguna tetap perlu sentiasa berwaspada.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram