PDRM Jemput Orang Ramai Bayar Saman Trafik, Diskaun 50%
Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk pelbagai jenis saman trafik.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata enam kaunter dibuka kepada orang ramai mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang, pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan.
BACA: Saman RM300 Serta Merta Jika Langgar 6 Kesalahan Ini
Orang ramai termasuk pengunjung dari luar Melaka yang mempunyai saman tertunggak boleh mengambil peluang ini untuk membayar saman.
Bagaimanapun, saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat tahun semasa tidak layak mendapat diskaun tersebut.
Dalam pada itu, dimaklumkan tiada penutupan jalan dilakukan pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan disempurnakan Tun Dr Mahathir, Sabtu ini di Dataran Pahlawan, Melaka.
Ooops Cheese Terpancut Di Petaling Street? 😍
- SUMBER
- SiakapKeli