Sekarang ini pelbagai ragam manusia kita dapat lihat termasuklah seorang wanita ini yang memecah masuk rumah orang bukan untuk mencuri tetapi semata-mata mahu menggunakan plug untuk mengecas telefon bimbitnya.

Kejadian yang berlaku di Thailand jam 11.30 pagi, 11 September lalu, seorang penduduk terlihat seorang wanita memanjat pagar jirannya yang berkunci.

BACA: Guna Pengecas RM5, Nyawa Hampir Melayang

Curiga dengan tindakan wanita itu, jiran itu melihat ke dalam rumah tersebut dan mendapati pelaku itu sedang duduk mengecas telefon bimbitnya. Apabila ditanya apa yang sedang dilakukan olehnya, wanita itu menjawab dia sedang ‘berteduh dari matahari’.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, pelaku kemudian cepat-cepat melarikan diri, memanjat pagar rumah tersebut dengan membawa motorsikal.

Tindakan pelaku itu membuatkan pemilik rumah berang dan memuat naik status mengenai insiden tersebut menerusi Facebook.

“Apa hak anda untuk memecah masuk rumah orang sesuka hati dan menggunakan elektrik kami?”

Status tersebut tular di media sosial dan pelaku tersebut menghubungi pemilik rumah untuk memohon maaf dan bersama-sama pemilik rumah itu pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Pelaku itu mendawak dia tidak berfikir sebelum bertindak dan tidak berniat untuk memecah masuk rumah tersebut. Bagaimanapun, pemilik rumah tersebut tidak menfailkan sebarang tuduhan terhadap wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dibuka Semula Bulan Depan
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan
Lebih 20 Pelajar Tahfiz Terkorban

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut