Pegawai MP Segamat Menyamar Jual Makanan Tangkap Orang Tak Puasa
Pejam celik hari ini sudah masuk 18 Ramadan, tetapi masih ada segelintir umat Islam tanpa rasa takut dan segan silu makan dan minum secara terbuka di bulan mulia ini.
Bagi membanteras umat Islam yang makan secara terbuka di bulan puasa, baru-baru ini pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) menyamar sebagai pekerja restoran di kedai makan untuk menangkap orang Islam yang tidak berpuasa.
BACA: Buka Puasa Di Kedai Ini Bayar Dengan Doa Sahaja
Presiden MPS, Mohd Masni Wakiman berkata usaha tersebut dijalankan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Daerah Segamat, terutamanya di premis di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan itu.
Katanya, terdapat 185 gerai-gerai dan premis makanan berlesen di bawah MPS yang terletak di 15 lokasi, antaranya termasuk Segamat, Bandar Putra IOI, Segamat Baru, Jalan Segamat Muar, Taman Yayasan, Buloh Kasap, Jementah, Batu Anam, dan Bandar Utama.
Seramai 32 orang anggota penguatkuasa MPS, termasuk dua orang pegawai yang pandai membuat roti canai, teh tarik dan mee goreng mamak menyamar sebagai tukang masak, dan pelayan untuk menangkap orang Islam yang makan di 185 gerai-gerai makanan tersebut.
“Kami telah memilih secara khas pegawai-pegawai yang berkulit gelap untuk melakukan tugas penyamaran,”
“Mereka kedengaran meyakinkan apabila bercakap bahasa Indonesia dan Pakistan, jadi pelanggan akan percaya bahawa mereka benar-benar diupah untuk memasak, menyediakan makanan dan mengambil pesanan,” katanya.
Ujarnya lagi, selepas pesanan dihantar, anggota penguatkuasa akan mengambil gambar secara rahsia mereka yang makan dan segera melaporkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam Segamat untuk tindakan lanjut.
Seperti yang diketahui, mereka yang beragama Islam ditangkap tidak berpuasa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut undang-undang Syariah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱
- SUMBER
- The Malay Mail