Pekerja Mamak Mengaku Bukan Islam
Kisah ayam goreng berulat yang berlaku tidak lama dahulu tidak reda lagi, namun kini satu lagi kisah berkaitan dengan restoran mamak. Sebuah restoran dikatakan menggaji pekerja bukan Islam mengundang kemarahan dan persoalan seorang pelanggan apabila dia mengadu ayam dimakannya turut mengandungi ulat.
BACA: Beli Ayam Goreng Mamak, ‘Percuma’ Ulat
Video berdurasi selama tiga minit itu dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Azmi Musa yang mengadu ayam goreng dimakannya dipenuhi ulat.
Di sebalik cerita mengenai ayam goreng berulat itu, Azmi mendapati restoran mamak tersebut menggaji pekerja bukan Islam. Malah, ada di antara mereka menjadi tukang masak di restoran itu dan menghidangkan kepada pelanggan beragama Islam.
Azmi yang pada mulanya berang kerana ayam dimakannya berulat memanggil pekerja restoran yang tidak dinyatakan lokasi itu.
“Kamu makan ni boleh? Nampak tak ada dalam ayam ni ada ulat. Pukul berapa kamu masak? Kamu cakap betul-betul, saya tak marah,” soalnya.
“Bukan semua ayam ada ulat, satu dua saja. Saya kerja 18 mari,” jawab pekerja restoran itu yang tidak fasih berbahasa melayu dan bahasa inggeris.
“Satu dua saja? Tak, ini ayam kamu masak bila? Kamu semua ni dari mana? Cakap Melayu pun tak tahu, English pun tak faham. Macam mana boleh dapat kerja sini. Kamu semua ni orang Islam ke?,” Soalnya lagi.
“Saya dari India, bukan Islam. Saya Hindu,” jawab pelayan kedai dan tukang masak restoran itu. Azmi turut bertanya kepada mereka bolehkah mereka masak makanan untuk pelanggan muslim sedangkan mereka bukan Islam serta adakah ia halal jika mereka masak.
Namun, pekerja-pekerja itu mengangguk sambil menjawab halal dan tidak salah memasak makanan untuk orang Islam.
Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan kita sebagai pengguna haruslah lebih berhati-hati dalam mencari kedai makan yang bersih dan diyakini halal.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah
- SUMBER
- FB AZMI MUSA