Pelajar Disaran Jadi Tukang Cuci, Ganti Pekerja Asing
Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat, pelajar universiti disaran untuk menjadi “floor engineer” atau tukang cuci untuk mecari pendapatan sampingan.
Cadangan itu disuarakan oleh pakar ekonomi, pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd Yusof Saari.
BACA: Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar
Cadangan itu juga menguntungkan kedua-dua pihak kerana universiti yang menghadapi pemotongan peruntukan kerajaan boleh mengoptimumkan kapasiti mahasiswa yang ingin mencari kerja sampingan.
Dari bagi pekerjaan pada warga asing, mahasiswa boleh cari wang tambahan
“Apa yang saya nampak sekarang, kalau dekat Universiti Putra Malaysia pagi-pagi, ibu-ibu dan bapak-bapak dari Indonesia selesai sahaja azan subuh di masjid, dia dekat luar cuci.
“Jadi, saya punya salah satu pendekatan gantikan mereka ini dengan mahasiswa. Mesti ada mahasiswa yang nak bekerja, ke anda tak nak bekerja?
“Kalau saya diberi peluang, saya pun nak kerja jadi ‘floor engineer’. Sihat pun sihat, naik 3 tingkat, turun ke bawah seronok juga,” katanya.
Ramai pelajar luar negara jadi tukang cuci
Tambahnya lagi, cadangan itu mampu mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan pengaliran keluar wang ke negara lain.
“Daripada kita bagi kepada mereka, kita juga boleh jimat, kita upah mahasiswa buat. Kenapa tidak memikirkan perkara-perkara tersebut kepada pihak universiti.
“Sebenarnya, kalau tanya pensyarah-pensyarah (atau) sesiapa yang belajar di luar negara, universiti luar negara benarkan mereka bekerja ‘part time’.
“Banyak daripada mereka menjadi ‘floor engineer’ atau tukang cuci.” ujarnya lagi.
Tapi mesti yang berpendapat, ada ke pelajar yang nak jadi tukang cuci? Apa salahnya cari duit poket dengan jadi tukang cuci, bukannya kerja tu haram pun.
ARTIKEL BERKAITAN:
Buku Pickup Line Ciptaan Pelajar Sekolah Viral
Gadis 14 Tahun Jual Badan 35 Kali Demi iPhone X
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?
- SUMBER
- Free Malaysian Today