Pelajar Saman Cikgu Tak Datang Kelas 7 Bulan
Dengar agak pelik, tapi ianya benar. Selalunya pelajar yang ponteng kelas, tapi kes yang berlaku ini disebaliknya pula. Seorang remaja 18 tahun yang juga bekas pelajar sekolah di Kota Belud, Sabah bertindak menyaman bekas guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan semasa dia menjadi pelajarnya.
Nafirah Siman, bekas pelajar SMK Taun Gasi menfailkan saman terhadap Jainal Jamran atas kejadian didakwa berlaku pada 2015 ketika dia berada di tingkatan 4. Saman difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu.
BACA: 9 Gambar Beza Makanan Sekolah Di Serata Dunia
Selain itu, Nafirah turut menamakan guru besar sekolah Suid Hanapi, SMK Taun Gusidan pegawai pendidikan daerah kota Belud, ketua pengarah Jabatan pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.
Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015 kecuali pada satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah.Remaja itu mendakwa, walaupun beberapa aduan didbuat, namun tiada tindakan diambil.
Nafirah juga mendakwa guru besar terlibat menutup kes dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya dua bulan sahaja. Nafirah turut menuntut pengisytiharan bahawa defendan telah melanggar tugas statutori bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan.
Remaja itu juga turut menuntut pengisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan serta menuntut ganti rugi dan kos. Sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 19 November depan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Lubuk Orang Pantai Timur Pekena Air Asam Perut
- SUMBER
- MalaysiaKini