Pelancong Kutip Sampah, Orang Malaysia Tengok Je?
Baru-baru ini kecoh tentang rakyat Malaysia membawa budaya vandalism ke Jepun. Ia sekaligus menunjukkan masih ramai lagi orang Malaysia yang miliki mentaliti kelas tiga atau pemikiran rendah.
Terbaru, dikongsikan melalui Facebook dan kini menjadi buah mulut netizen, dua foto menunjukkan dua orang pelancong mengutip sampah di bandar Sandakan.
Kedua-dua pelacong itu dilihat membawa beg besar, memasukkan sampah yang dikutip dan membuang kesemua sampah tersebut di tong sampah berdekatan.
Boleh dikatakan tindakan pelancong tersebut memalukan rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menjaga kebersihan negara sendiri.
Lebih memalukan, di dalam foto itu turut menunjukkan beberapa orang yang memerhati tindak tanduk pelancong itu tetapi hanya mampu melihat sahaja.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan jika tidak mampu untuk buang sampah di tempat yang disediakan, lebih baik digelar ‘Pendatang’.