Pelancong Maut Disengat Obor-Obor Di Pulau Langkawi
Jika anda mandi di pantai, pastikan anda peka dengan persekitaran lebih-lebih lagi dengan obor-obor. Jika disengat obor-obor ianya boleh membawa maut.
Terbaru, seorang pelancong Sweden maut di Pulau Langkawi selepas disengat dengan obor-obor di pantai Thanjung Rhu, Rabu lalu.
BACA: 9 Jenis Makanan Paling Berbahaya Di Dunia
Memetik laporan NST, mangsa Sohrabi Saeed, 60 tahun dikatakan berenang di di pantai dan dipercayai di sengat dengan obor-obor pada pukul 3.15 petang.
Laporan memberitahu, beberapa minit kemudian, mangsa diserang komplikasi kesihatan dan terus tidak sedarkan diri. Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba membantu dengan memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa, namun mangsa masih tidak sedarkan diri.
Pihak polis dari Balai Polis Ayer Hangat menerima laporan mengenai insiden tersebut dan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Sehingga kini, spesis obor-obor tersebut masih lagi belum di ketahui dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.
Jika anda disengat obor-obor, lakukan langkah-langkah ini:
1. Keluar dari kawasan air dan pantai secepat mungkin
2. Basuh bahagian yang disengat dengan cuka selama 30 saat
3. Buang tentakel dengan alat penyepit
4. Rendam bahagian yang disengat dalam air panas (40°C-45°C)
5. Terus ke unit kecemasan jika anda tubuh anda memberi sebarang kesan alergi
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Hmm…. Sedap Ke Tak Ana Ikan Bakar Petai?
- SUMBER
- Lobak Merah